|
MINIT MESYUARAT AGUNG
PIBG KALI KE EMPAT TAHUN 2006
SMK BERANGAN, TUMPAT,
KELANTAN
TARIKH :
25 MEI 2006
MASA
: 9.00
PAGI
TEMPAT : DEWAN SRI BERANGAN
1. Ucapan Yang
Dipertua PIBG
(Tn Hj Alias
b. Jaafar)
-
Salam dan ucapan
kesyukuran . Alu- aluan kepada jemputan , ibu
bapa, guru- guru dan hadirin
sekalian
-
Ucapan terima kasih
kepada pihak sekolah kerana dapat mengatur
mesyurat pada kali ini.
-
Beliau memberitahu
bahawa Mesyuarat Agung PIBG kali ke 4 ini akan
dirasmikan oleh Drs Suhaili b
Hussin , Pengarah Jabatan Hal
Ehwal Khas Negeri Kelantan (JASA)
-
Tiada
perlantikan AJK PIBG yang baru untuk tahun .
Antara AJK PIBG yang dikekalkan
ialah:
AJK Wakil Ibu Bapa
1.
Tn Hj Abdullah b Daud
2.
En Maliki b Ahmad
3.
En Wan Mohd Azami b
Yaacob
4.
En Nik Hassan b Wan
Ahmad
5.
En Deraman b Hussin
6.
En Abd Rashid b Mat
Amin
7.
Tn Hj Jaafar b. Ali
8.
En Ismail b Deris
9.
Pn Hjh Zaudah bt
Yusoff
10.
Pn Norizan bt Hamat
AJK Wakil Guru
1.
En Anuar b Musa (Kaunselor)
2.
Pn Manirah bt Hassan (Kanselor)
3.
En Marzuki b Abdullah
4.
En Alias b Ismail
5.
Pn Rabiatul Adawiah bt
Abdullah
-
Dengan adanya wakil-
wakil PIBG ini akan dapat menjadi perantaraan
dalam hubungan antara ibu
bapa, guru- guru dan anak- anak sama ada di
dalam dan luar sekolah
-
Pendidikan anak- anak
mesti diutamakan dalam semua aspek demi
kepentingan dan kesejahteraan
masa depan mereka. Ilmu amat penting bukan hanya
untuk mendapatkan sebarang pekerjaan tetapi
untuk kegunaan dalam kehidupan hari- harian
-
Beliau memberitahu
pada peringkat SPM pihak Kementerian Pelajaran
telah menawarkan sebanyak
104 mata pelajaran. Bagi menampung kecemerlangan
pelajar- pelajar sebuah universiti tempatan akan
ditubuhkan iaitu Universiti Darul Naim
-
Bagi pelajar yang
berkelayakan untuk melanjutkan pelajaran ke
tingkatan 6 sebanyak 75 buah
sekolah yang menawarkan sesi pra
universiti ini termasuklah aliran sastera dan
sains.
-
Beliau meminta ibu
bapa supaya memberi perhatian yang lebih kepada
anak- anak kerana dewasa
ini ramai remaja yang terlibat dalam aktiviti
yang tidak bermoral.Sekian.
2. Membentang
/ Meluluskan Laporan Tahunan 2005
( En Wan Ahmad Khairuddin
b Wan Abdullah- Setiausaha PIBG)
-
Ucapan alu- alauan
kepada YDP PIBG, Pentadbir , AJK PIBG dan ibu
bapa yang hadir pada pagi ini.
-
Setiausaha
membentangkan Laporan Tahunan 2005 untuk
disahkan
Disahkan oleh
: En Ahmad Nordin b Mat Nawi
Disokong oleh :
Pn Asiah bt Hamzah
3. Perkara
Berbangkit
3.1
En Ahmad Nordin bin
Mat Nawi
-
Meminta pihak sekolah
memaklumkan tentang yuran tuisyen PMR dan SPM
sama ada termasuk dalam budjet PIBG
Respon Bendahari PIBG
-
Segala yuran tuisyen
tidak termasuk dalam budjet PIBG
3.2
Kumpulan diskus adakah
diseliakan oleh guru pembimbing kerana bimbang
tentang keselamatan anak- anak
Respon Pengetua
-
Kelas tambahan hanya
untuk pelajar tingkatan 3 dan 5 sahaja. Mana-
mana ada kumpulan perbincangan pelajar adalah
atas usaha pelajar itu sendiri. Untuk
mengelakkan sesuatu perkara yang tidak diingini
diminta agar ibu bapa pantau anak- anak dan jika
perlu boleh berbincang dengan pihak sekolah
3.3 Kehadiran bapa dalam
majlis ini kurang 50%.
Respon YDP PIBG
-
Terima kasih atas
keperihatinan perkara ini. Kebanyakkan bapa
bekerja dan tidak dapat cuti
3.3
Surat panggilan ke
mesyuarat ini terlalu lewat untuk ibu bapa
Respon YDP PIBG dan
Pengetua
-
Pihak AJK memohon maaf
atas kelewatan surat panggilan ini disebabkan
masalah kekangan masa dan pelbagai aktiviti dan
pihak kami akan memastikan perkara ini tidak
akan berulang lagi
4. Membentang
/ Meluluskan Penyata Kewangan Berakhir 31 Dis
Dibentang oleh
Bendahari : En Hamdan b Awang Ngah
Disahkan oleh
: Pn Norizan bt Awang
Disokong
oleh
: Pn Nik Kamariah bt Nik Hassan
-
Perkara Berbangkit
4.1 En Ahmad Nordin bin
Mat Nawi
- Memaklumkan tentang
pegurusan kewangan yang menarik. Beliau meminta
agar segala perbelanjaan
disertai bil pembayaran. Sekiranya perlu
perbelanjaan
boleh diminimumkan
mengikut keperluan.
5.
Hal –hal lain
5.1
Penolong Kanan Hal
Ehwal Murid (En Ahmad b Abdul Rahman)
-
Beliau mengalu- alukan
kehadiran ibu bapa kemajlis pada hari ini
-
Beliau memaklumkan
tentang beberapa masalah disiplin pelajar
termasuklah berkenan dengan ponteng sekolah.
-
Ramai pelajar yang
tidak hadir terus ke sekolah, datang lewat ,
ponteng kelas dan sebagainya
-
Situasi ini sering
dilakukan oleh pelajar yang bermotosikal.
-
Selain daripada itu,
terdapat juga pelajar ponteng kelas tambahan
siang atau malam terutamanya pelajar- pelajar
tingkatan 3 dan 5. Meminta supaya ibu bapa
memastikan anak-anak berada dirumah selepas jam
4.30 petang kerana kelas tambahan tamat selepas
waktu tersebut
6.
Ucapan Penangguhan
-
Sekali lagi pengerusi
mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua ibu
bapa yang hadir pada hari ini dan berharap agar
kaum bapa lebih ramai lagi pada masa akan datang
-
Pengerusi juga meminta
kerja sama dikalangan ibu bapa atau penjaga
supaya mengambil berat tentang akademik dan
sahsiah anak- anak agar dapat melahirkan
genarasi yang berilmu dan berakhlak mulia.
-
Sekain, wassalam.
Mesyuarat ditangguhkan jam
10.25 pagi
MAJLIS PERASMIAN PENUTUPAN
MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE 4
SMK BERANGAN, TUMPAT
1.
Ucapan Tuan Pengetua
SMK Berangan
(Tn Hj Sahiful Bahari b
Abdul Rahman)
-
Beliau mengucapkan alu-
aluan dan ribuan terima kasih kepada atas
kehadiran perasmi jemputan sempena Mesyuarat
Agung PIBG kali ke 4 SMK Berangan iaitu YABrs
Drs Suhaili bin Husin iaitu Pengarah Jabatan Hal
Ehwal Khas Negeri Kelantan (JASA), Yang Dipertua
PIBG , AJK PIBG, guru- guru dan ibu bapa.
-
Beliau juga
mengharapkan dengan kehadiran YABrs Drs Suhalili
akan dapat memberi suntikan untuk kejayaan anak-
anak.
-
Sepintas lalu tentang
keputusan peperiksaan SPM 2005:
·
Pencapaian
keseluruhannya ialah 95.1% . Pencapaian yang
cemerlang berdasarkan kepada mata mata pelajaran
Bahasa Melayu mengikut persijilan terbuka
·
Pada peringkat PPD
Pasir Mas / Tumpat, SMK Berangan menduduki
tempat ke 15 daripada 27 buah sekolah
·
Mata pelajaran yang
mencapai tahap kecemerlangan 100% iaitu Biologi,
EST dan Pendidikan Seni Visual.
·
Senarai pelajar yang cemerlang sila rujuk buku
program
·
Seramai 69 pelajar yang ditawarkan ke tingkatan
6 sastera dan seramai 5 pelajar ke aliran sains
-
Keputusan Peperiksaan
PMR 2005
·
Pada peringkat PMR
keputusan keseluruhan ialah 56.6 %
·
Menduduki tempat ke 18
daripada 26 buah sekolah menengah di peringkat
PPD Pasir Mas / Tumpat
·
Pencapaian gred Purata
Sekolah berada ditangga ke 10
-
Berikut adalah
program- program yang telah dijalankan untuk
menjana kecemerlangan pelajar- pelajar
·
Mengadakan kelas
tambahan dalam cuti
·
Mengadakan kelas
tambahan waktu siang ( 2.30 – 4.30 ptg) dan
malam ( 8.00 – 10.00 mlm).
·
Bagi kelas malam
peringkat PMR ialah RM 70 dan SPM RM 80.
·
Mengadakan kem
kecemerlangan akademik SPM dan PMR
-
Pengetua juga meminta
ibu bapa dapat menghantar dan mengambil anak-
anak yang belajar kelas malam bagi mengelakkan
sesuatu yang tidak diingini
-
Beliau juga menekankan
beberapa masalah disiplin yang timbul tetapi
masih terkawal seperti datang lewat ke sekolah
walau pun berbasikal atau bermotor sikal,
membawa telafon bimbit , ponteng sekolah dan
kelas .
-
Masih ramai pelajar
yang tidak menjelaskan yuran persekolahan, kelas
tambahan siang atau malam. Diharap ibu bapa dan
penjaga lebih perihatin tentang isu ini.
-
Sekali lagi pengetua
mengucapkan ribuan terima kasih kepada perasmi
jemputan, AJK PIBG dan ahli- ahli PIBG yang
menderma bagi menampung tabung dana PIBG SMK
Berangan
-
Sekian, Wassalam
2.
Ucapan Yang Dipertua
PIBG
(En Alias b Jaafar)
-
Beliau mengucapkan
alu-aluan atas kehadiran perasmi jemputan YABrs
Drs Suhaili b Hussin.
-
Beliau juga menekankan
betapa pentingnya ilmu Pendidikan untuk anak-
anak sama ada untuk dunia dan akhirat.
-
Beliau juga
menyarankan agar setiap rumah menpunyai sebuah
komputer untuk bersaing dalam ledakan ilmu
teknologi maklumat dan komunikasi . Walau pun
begitu penggunaan harus terkawal supaya tidak
disalahgunakan oleh anak- anak.
-
Ibu bapa perlu memberi
Pendidikan Agama kepada anak- anak sebagai asas
dalam kehidupan harian mereka kerana dewasa ini
pelbagai masalah yang timbul dan pelbagai
cabaran yang luas terpaksa dihadapi.
-
Beliau juga
mengharapkan agar ada diantara anak- anak yang
akan berjaya kemenara gading.
-
Sekain, Wassalam
3.
Ucaptama Perasmian
Penutup Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke 4
(YABrs Drs Suhaili b Husin)
-
Beliau berasal dari
Kampung Menjual berasa sangat bertuah kerana
dijemput hadir kemajlis Mesyuarat Agung PIBG SMK
Berangan kali ini
-
Beliau mengucapkan
rasa syukur kepada Allah s.w.t kerana dapat
hadir untuk menunaikan tanggung jawab kepada
anak- anak tempatan.
-
Beliau menyatakan
bahawa sekarang ini kebanyakkan ibu bapa lebih
menyerahkan tanggung jawab mendidik anak- anak
kepada pihak sekolah
-
Dengan adanya PIBG ini
akan dapat menjadi pautan antara ibu bapa dan
sekolah untuk mengetahui matlamat dan
perkembangan akademik anak- anak.
-
Sekarang ini kalau
dilihat dari isu semasa terdapat ramai remaja
khususnya dikalangan pelajar sekolah yang
terlibat dalam gejala yang kurang sihat seperti
menghisap rokok, vandelisme, gangster, kongsi
gelap , peras ugut dan sebagainya.
-
YABrs Drs Suhaili b
Husin juga mengenang kembali sejarah penubuhan
SMK Berangan dan mengucapkan ribuan terima kasih
yang tidak terhingga kepada tokoh- tokoh yang
terlibat .
-
Beliau juga
mengemukakan isu tentang masyarakat yang masih
kurang menguasai 2M iaitu sebanyak 162 ribu
orang. 42 ribu daripadanya terdapat di
Semenanjung Malaysia.
-
Ini menunjukkan
kegagalan ibu bapa dalam memberi pendidikan yang
sempurna kepada anak- anak .
-
Kalau dilihat
diperingkat dunia , sekarang ini masyarakat
dunia lebih mngejar kemajuan tetapi kita masih
lagi gagal menguasai membaca dan menulis
-
Kalau mengikut contoh
orang India, mereka mensasarkan dalam satu
keluarga mesti ada dikalangan anak- anak mereka
yang menjadi doctor atau peguam. Jadi kita perlu
mengambil contoh ini sebagai satu pengajaran
untuk bersaing hebat dalam mengejar ilmu .
-
Kita sebagai seorang
Islam harus menyahut cabaran dan bertanggung
jawab dalam memperkasakan ilmu ini.
-
Pendidikan agama
adalah wajib diberikan kepada anak- anak untuk
menyahut cabaran akan datang.
-
Terdapat anak-anak
yang tidak mengenal alif, ba, ta. Ini bukan
hanya tanggung jawab sekolah tetapi semua pihak
harus memainkan peranan dalam merealisasikan
perkara ini.
-
Sekali lagi beliau
memohon kerjasama dan keperihatinan daripada ibu
bapa agar sama- sama berganding bahu melahirkan
generasi yang cemerlang dan gemilang
-
Akhirnya beliau akhiri
ucapannya dengan menyerahkan sumbangan
peribadinya berjumlah RM1000 untuk kecemerlangan
PMR dan SPM
-
Dengan lafaz Bismillah
hirahmanirahim beliau akhiri masjli penutupan
rasmi Mesyuarat Agung PIBG SMK Berangan kali ke
4.
Majlis bersurai jam 11.30
pagi
|